Tuesday, July 16, 2013

'Rasa' Itu Sudah Kembali

Rasa apa? Jujur, rasa nak terbang jauh-jauh, tinggalkan kejap kehidupan 'normal' ini. Kaki dah gatal-gatal, jiwa dah meronta-ronta, rasa rindu sangat nak naik kapal terbang berjam-jam tinggalkan negara kejap... tapi, apakan daya, kalau kat rumah ada mesin pengeluar duit, memang dah lama buat kerja-kerja macam ini...

Tak tahu kenapa, sejak seminggu ini memang hati meronta sangat nak berjalan-jalan, nak tinggalkan rutin harian(yang cukup memenatkan) & pergi jauhhhh...

Ada siapa-siapa boleh sponsor takkk?

Saya nak ke New Zealand. Again.


Bersama sahabat dunia akhirat saya, insyaAllah di Wai-O-Tapu Thermal Wonderland...

Friday, July 12, 2013

Mata Berpinar Jiwa Serabut

Rasa nak pengsan. Serius memang itu perasaan sekarang. Bukanlah banyak kerja pun, malah secara teknikalnya kerja-kerja untuk deadline ini hampir siap. Yang tak siap pun perlu ditunggu hari Isnin(15julai2013) nanti baru boleh gerak.

So, hari ini adalah hari menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh - banyaknya kerja peribadi. Ehhh, buat kerja peribadi di pejabat? Ya, saya tahu memang sepatutnya tak boleh. Tapi, saya fikir balik. Selalu waktu tak kerja pun buat kerja pejabat. Macam-macam bendalah jadi kira kalau timbang sukat balik, lebih kurang. Janji kerja siap, cukuplah kannn?


Hari ini, berpinar mata dan jiwa berpintal-pintal melihat puluhan ribu gambar. Ya, gambar-gambar koleksi sendiri. Orang kuat berjalan memang banyaklah gambar. Bayangkan, kalau cakap mengenai gambar New Zealand saja, dua kali pergi... saya ada lebih 10,000 keping nak diuruskan. Harus pitammmm.


Sekarang tengah berusaha untuk pilih-pilih yang terbaik. Tadi, delete juga, tapi tak banyak sebab gambar semuanya cantik-cantik. New Zealand kan cantik, jadi setiap sudut dulu kami ambik, siap beli memory card kamera lagi kat Queenstown sebab tak cukup. 


Saya sedang usahakan nak simpan gambar-gambar secara tersusun, masuk dlm DVD(dengan dua back up, just in case kalau hilang tak meroyan - sebab pernah meroyan bila gambar-gambar bercuti ke Shanghai, China hilang tak dapat dikesan)... tapi memang akan ambil masa... silap gaya, sampai tahun depan pun belum tentu dapat siapkan... sebab gambar adalah super banyak.




Ini masa di Akaroa, 75km dr Christchurch... atas bukit, cantik ya amat...

Wednesday, July 10, 2013

Destinasi Saya...

Ya. Memang terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan. Apa nak buat, hidup memang terlalu sibuk. 24 jam itu rasa tak cukup. Rasa nak tambah lagi 24 jam. Tapi, rasanya kalau tambah pun, tetap tak akan cukup bukan?

Kalau hujung minggu pun belum tentu cuti. Nak buat macam mana, dah pilih kerjaya begini... jadi hadap sajalah selagi mampu. Agak-agak tak mampu, nak berhenti kerja, boleh takkk? Hehehehehe, selalu sangat dah terfikir, tapi kalau berhenti kerja... siapa nak bagi makan Shana oiii? So, sendiri kena ingatlahhh...

Lagipun, saya 'bernafsu besar'. Nak rumah besar. Nak kereta besar. Nak cuti-cuti luar negara... owh, cakap pasal bercuti... jam terus berdetik, saat berjalan, minit bergerak, jam berlalu... dari hari menjadi minggu, kemudiannya bulan... ya, tak lama lagi sedangkan apa saja persiapan belum saya buat... baik duit, stok kerja yang kena ada empatbelas ribu(nampak benar menipunya hehehehe)... dan kekuatan jiwa nak mintak cuti lama-lama... ya, saya paranoid sikit bab nak mintak cuti macam nak buat dosa pulakkk... sedangkan cuti itu milik kita... lebih lagi kerja macam saya, cuti yang dibagi dah sememangnya banyak... tambah cuti ganti kerja hujung minggu bertambah-tambah banyaknya. Sampai hujung tahun, dah tak tahu nak campak cuti-cuti itu ke mana...

Dulu-dulu, saya pejam mata sahaja kalau ada cuti 'terbakar' macam itu saja bila tarikh claim cuti tak diambil... tapi, sejak setahun dua ini memang saya mengaku berkira sikit. Setiap saat saya kira, darab & bahagi. Hak kita, kena tuntut... sebab kalau tak tuntut, tak ada siapa peduli. Tapi bila kita yang dituntut, ya silakannnn bersedia...

Aduhhh, apa saya merepek ini? Ingat tadi nak menulis soal lain, tetapi sekarang sudah lain pulakkk... apapun, insyaAllah hujung tahun ini saya ada agenda besar untuk diri sendiri... 



My next destination, insya-Allah...