Wednesday, August 28, 2013

Nak Menulis Tapi...

Salam.

Ya saya tahu janji saya. Saya tahu bila saya kembali menulis di sini, sudah berjanji kononnya nak selalu menulis... tapi, saya tak tepati. Maafkan saya. Maaf sungguh2... bukan tak nak, tapi masa memang agak terbatas buat orang yang makan gaji seperti saya... 


Apa yang saya nak tulis mengenai New Zealand juga masih tersangkut-sangkut. Saya kena habiskan cepat sebab hujung tahun ini mungkin langkah kaki saya panjang ke negara lain juga, jadi lagi banyak yang saya nak kena tulis. Insya-Allah di rumah sudah ada internet jadi mungkin masa di rumah yang terluang saya boleh luangkan masa untuk blog ini.


Saya mahu ke mana? Biarlah rahsia dulu sebab 'proses' di sebalik mempersiapkan diri ke negara ini bukannya mudah jadi saya bimbang tersangkut, tak jadi pergi atau macam-macam masalah timbul nanti... bila sudah confirm, pasti saya akan tulis di sini.


Saya juga sibuk untuk 'mengubah' masa depan. Ramai sudah tertanya-tanya apa yang ingin saya buat tetapi benda ini juga masih di peringkat intro... jadi, kemudian nantilah saya bercerita... benda sudah pasti & saya sendiri sedang mempersiapkan diri untuk 'terjun' ke bidang yang sangat berbeza berbanding apa yang saya buat sekarang... takut, memang saya takut tetapi untuk ada masa depan yang lain... saya kena beranikan diri. Kena yakin dengan apa yang saya nak lakukan.





Insya-Allah ini 'rezeki' baru saya...

Tuesday, July 16, 2013

'Rasa' Itu Sudah Kembali

Rasa apa? Jujur, rasa nak terbang jauh-jauh, tinggalkan kejap kehidupan 'normal' ini. Kaki dah gatal-gatal, jiwa dah meronta-ronta, rasa rindu sangat nak naik kapal terbang berjam-jam tinggalkan negara kejap... tapi, apakan daya, kalau kat rumah ada mesin pengeluar duit, memang dah lama buat kerja-kerja macam ini...

Tak tahu kenapa, sejak seminggu ini memang hati meronta sangat nak berjalan-jalan, nak tinggalkan rutin harian(yang cukup memenatkan) & pergi jauhhhh...

Ada siapa-siapa boleh sponsor takkk?

Saya nak ke New Zealand. Again.


Bersama sahabat dunia akhirat saya, insyaAllah di Wai-O-Tapu Thermal Wonderland...

Friday, July 12, 2013

Mata Berpinar Jiwa Serabut

Rasa nak pengsan. Serius memang itu perasaan sekarang. Bukanlah banyak kerja pun, malah secara teknikalnya kerja-kerja untuk deadline ini hampir siap. Yang tak siap pun perlu ditunggu hari Isnin(15julai2013) nanti baru boleh gerak.

So, hari ini adalah hari menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh - banyaknya kerja peribadi. Ehhh, buat kerja peribadi di pejabat? Ya, saya tahu memang sepatutnya tak boleh. Tapi, saya fikir balik. Selalu waktu tak kerja pun buat kerja pejabat. Macam-macam bendalah jadi kira kalau timbang sukat balik, lebih kurang. Janji kerja siap, cukuplah kannn?


Hari ini, berpinar mata dan jiwa berpintal-pintal melihat puluhan ribu gambar. Ya, gambar-gambar koleksi sendiri. Orang kuat berjalan memang banyaklah gambar. Bayangkan, kalau cakap mengenai gambar New Zealand saja, dua kali pergi... saya ada lebih 10,000 keping nak diuruskan. Harus pitammmm.


Sekarang tengah berusaha untuk pilih-pilih yang terbaik. Tadi, delete juga, tapi tak banyak sebab gambar semuanya cantik-cantik. New Zealand kan cantik, jadi setiap sudut dulu kami ambik, siap beli memory card kamera lagi kat Queenstown sebab tak cukup. 


Saya sedang usahakan nak simpan gambar-gambar secara tersusun, masuk dlm DVD(dengan dua back up, just in case kalau hilang tak meroyan - sebab pernah meroyan bila gambar-gambar bercuti ke Shanghai, China hilang tak dapat dikesan)... tapi memang akan ambil masa... silap gaya, sampai tahun depan pun belum tentu dapat siapkan... sebab gambar adalah super banyak.




Ini masa di Akaroa, 75km dr Christchurch... atas bukit, cantik ya amat...

Wednesday, July 10, 2013

Destinasi Saya...

Ya. Memang terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan. Apa nak buat, hidup memang terlalu sibuk. 24 jam itu rasa tak cukup. Rasa nak tambah lagi 24 jam. Tapi, rasanya kalau tambah pun, tetap tak akan cukup bukan?

Kalau hujung minggu pun belum tentu cuti. Nak buat macam mana, dah pilih kerjaya begini... jadi hadap sajalah selagi mampu. Agak-agak tak mampu, nak berhenti kerja, boleh takkk? Hehehehehe, selalu sangat dah terfikir, tapi kalau berhenti kerja... siapa nak bagi makan Shana oiii? So, sendiri kena ingatlahhh...

Lagipun, saya 'bernafsu besar'. Nak rumah besar. Nak kereta besar. Nak cuti-cuti luar negara... owh, cakap pasal bercuti... jam terus berdetik, saat berjalan, minit bergerak, jam berlalu... dari hari menjadi minggu, kemudiannya bulan... ya, tak lama lagi sedangkan apa saja persiapan belum saya buat... baik duit, stok kerja yang kena ada empatbelas ribu(nampak benar menipunya hehehehe)... dan kekuatan jiwa nak mintak cuti lama-lama... ya, saya paranoid sikit bab nak mintak cuti macam nak buat dosa pulakkk... sedangkan cuti itu milik kita... lebih lagi kerja macam saya, cuti yang dibagi dah sememangnya banyak... tambah cuti ganti kerja hujung minggu bertambah-tambah banyaknya. Sampai hujung tahun, dah tak tahu nak campak cuti-cuti itu ke mana...

Dulu-dulu, saya pejam mata sahaja kalau ada cuti 'terbakar' macam itu saja bila tarikh claim cuti tak diambil... tapi, sejak setahun dua ini memang saya mengaku berkira sikit. Setiap saat saya kira, darab & bahagi. Hak kita, kena tuntut... sebab kalau tak tuntut, tak ada siapa peduli. Tapi bila kita yang dituntut, ya silakannnn bersedia...

Aduhhh, apa saya merepek ini? Ingat tadi nak menulis soal lain, tetapi sekarang sudah lain pulakkk... apapun, insyaAllah hujung tahun ini saya ada agenda besar untuk diri sendiri... 



My next destination, insya-Allah...

Monday, April 22, 2013

Saya sibuk!

Saya sibuk!

Serius, saya memang sibuk, ditambah hajat nak pasang internet di rumah yang masih tak kesampaian selepas lama perkhidmatan internet lalu dihentikan... pening-pening mencari yang terbaik.

Tapi, kalau cakap pasal sibuk, semua orang mesti sibuk... tak boleh dijadikan alasan selalu sebab sebagai manusia, kena bijak kendalikan masa... betul tak?

Apapun, insyaAllah selepas beberapa perkara diselesaikan, saya akan cuba lebih aktif di sini... walaupun tak ramai jenguk di sini... tak apa, saya menulis pun untuk kepuasan diri sendiri...

Nak tahu sebab apa saya sibuk?

Inilahhh jawapannya...



Thursday, March 21, 2013

Bila AirAsia Dah Tak Ke New Zealand...

Kali pertama saya ke New Zealand sebenarnya bulan Jun 2011... ni hasil kegigihann sahabat baik saya yang sanggup berjaga malam nak beli tiket murah. Masa tu, AirAsia baru je buat new route to Christchurch, New Zealand. Haruslah rasa nak pergi... beberapa kali sistem website AirAsia yang kejap ok, kejap jam... akhirnya dapat jugakkk tiket murah dalam RM800 return ke NZ... happy sgt2 rasa mcm ni... tak sabar2 nak pergi walaupun masa tu ada enam bulan lagi baru boleh fly.

Lepas pergi yang pertama ni, saya dan sahabat baik saya ni plan nak pergi lagi kali kedua & hanya berdua hujung 2012. Nak rasa musim lain sebab New Zealand musim sejuknya bermula Jun... kalau pergi masa Mei, memang dah terasa dah sejuk ke tulang hitam. So, nak pergi hujung tahun...

Tapi, entah macam mana... AirAsia buat pengumuman, 30Mei2012 adalah tarikh terakhir fly ke Christchurch dan 31 Mei adalah flight terakhir dari Christchurch ke Kuala Lumpur. Sahabat baik saya gigih cari tiket & nak pergi lagi sebelum tak ada dah penerbangan AirAsia ke sana. Akhirnya kami beli tiket ke Christchurch bulan Mei... dapat dalam RM1500 return... still jauh lebih murah berbanding flight lain. Dulu-dulu, orang kata nak pergi New Zealand kena ada paling tidak RM10 ribu dalam tangan hanya untuk flight.

Memang sedih bila AirAsia dah tak pergi New Zealand lagi... sebab, macam saya sendiri secara peribadi... kalau disuruh memilih destinasi luar negara yang akan saya pergi lagi, jawapannya tentulah New Zealand. Saya tak kisah pun ulang2 lagi 10 kali pun tak apa walau ada yang kata saya gila. Bagi saya, sesiapa saja yang pernah pergi ke New Zealand saja akan ada perasaan begini.

Best kan kalau AirAsia buat route balik ke New Zealand? Sebab saya ada rancangan nak ke New Zealand tahun 2014, nak jadi ketua rombongan. Ada sesiapa nak ikut tak?


Ini gambar masa kunjungan pertama saya ke New Zealand Jun 2011. Cantik jer awan itu... di New Zealand ini, langitnya memang cantik membiru jer... tak puas2 dipandang mata. 

Memang rindu sangatlah rasa. 


Wednesday, March 20, 2013

Intro New Zealand Itu Indah

Sejak usia 12 tahun, negara bernama New Zealand ini memang mencuri perhatian saya. Kisahnya bermula apabila saya mendapat setem Kepulauan Cook. Saya dulu memang pengumpul setem tegar. Sampai sekarang pun. Setem ini pun masih saya simpan. Kalau jumpa, nanti saya tunjuk.

Masa itu, dalam hati saya berkata-kata, cantiknya tempat ini... tak kira, dah besar saya nak pergi! 

Kebetulan, tak lama kemudian, saya 'jatuh hati' dengan kehebatan bakat seorang artis - biasalah waktu tu muda remaja. Artis ini memang memulakan kerjayanya di New Zealand sebab dia belajar di sana. Waktu ini, saya nekad nak pergi universiti tempat dia belajar... nak ambil gambar depan sign board universiti dia(walau saya tak belajar di sana)...

Jom kita tengok sama-sama betapa indahnya New Zealand. Nanti saya akan cerita kemudian kembara saya ini... 

(Bukan apa, saya dah rindu sangat dengan New Zealand ini...)