Thursday, March 21, 2013

Bila AirAsia Dah Tak Ke New Zealand...

Kali pertama saya ke New Zealand sebenarnya bulan Jun 2011... ni hasil kegigihann sahabat baik saya yang sanggup berjaga malam nak beli tiket murah. Masa tu, AirAsia baru je buat new route to Christchurch, New Zealand. Haruslah rasa nak pergi... beberapa kali sistem website AirAsia yang kejap ok, kejap jam... akhirnya dapat jugakkk tiket murah dalam RM800 return ke NZ... happy sgt2 rasa mcm ni... tak sabar2 nak pergi walaupun masa tu ada enam bulan lagi baru boleh fly.

Lepas pergi yang pertama ni, saya dan sahabat baik saya ni plan nak pergi lagi kali kedua & hanya berdua hujung 2012. Nak rasa musim lain sebab New Zealand musim sejuknya bermula Jun... kalau pergi masa Mei, memang dah terasa dah sejuk ke tulang hitam. So, nak pergi hujung tahun...

Tapi, entah macam mana... AirAsia buat pengumuman, 30Mei2012 adalah tarikh terakhir fly ke Christchurch dan 31 Mei adalah flight terakhir dari Christchurch ke Kuala Lumpur. Sahabat baik saya gigih cari tiket & nak pergi lagi sebelum tak ada dah penerbangan AirAsia ke sana. Akhirnya kami beli tiket ke Christchurch bulan Mei... dapat dalam RM1500 return... still jauh lebih murah berbanding flight lain. Dulu-dulu, orang kata nak pergi New Zealand kena ada paling tidak RM10 ribu dalam tangan hanya untuk flight.

Memang sedih bila AirAsia dah tak pergi New Zealand lagi... sebab, macam saya sendiri secara peribadi... kalau disuruh memilih destinasi luar negara yang akan saya pergi lagi, jawapannya tentulah New Zealand. Saya tak kisah pun ulang2 lagi 10 kali pun tak apa walau ada yang kata saya gila. Bagi saya, sesiapa saja yang pernah pergi ke New Zealand saja akan ada perasaan begini.

Best kan kalau AirAsia buat route balik ke New Zealand? Sebab saya ada rancangan nak ke New Zealand tahun 2014, nak jadi ketua rombongan. Ada sesiapa nak ikut tak?


Ini gambar masa kunjungan pertama saya ke New Zealand Jun 2011. Cantik jer awan itu... di New Zealand ini, langitnya memang cantik membiru jer... tak puas2 dipandang mata. 

Memang rindu sangatlah rasa. 


4 comments:

  1. arghhh, baru nk gi NZ gak 2014 ni.. tengok2 nz da takde dlm destination.. patut laa.. waaa.. T__T

    ReplyDelete
  2. syazana, sy pun ada plan nk 'kembali' ke NZ 2014 ini... AirAsia mmg dh tak ke sana tapi sekarang tgh survey2 flight lain yg murahhh... jom2...

    ReplyDelete
  3. hi shana,

    jemput singgah ke blog sy..br up itinerary ke nz yg lame...

    awk nk pg nz bln berape?

    ReplyDelete
  4. Hi... Insya-Allah nanti saya singgah ya... saya pun belum sempat nak letak story NZ dlm blog ini, padahal dah pergi NZ dua kali... Jun 2011 & Mei 2012... next trip insyaAllah thn depan 2014, tp belum decide nk pergi bln berapa... dua kali pergi nak masuk winter, so maybe try nak p hujung2 winter atau summer pulak ke, tengok bajet dulu... sbb this year ada agenda nak p US...

    ReplyDelete