Thursday, March 21, 2013

Bila AirAsia Dah Tak Ke New Zealand...

Kali pertama saya ke New Zealand sebenarnya bulan Jun 2011... ni hasil kegigihann sahabat baik saya yang sanggup berjaga malam nak beli tiket murah. Masa tu, AirAsia baru je buat new route to Christchurch, New Zealand. Haruslah rasa nak pergi... beberapa kali sistem website AirAsia yang kejap ok, kejap jam... akhirnya dapat jugakkk tiket murah dalam RM800 return ke NZ... happy sgt2 rasa mcm ni... tak sabar2 nak pergi walaupun masa tu ada enam bulan lagi baru boleh fly.

Lepas pergi yang pertama ni, saya dan sahabat baik saya ni plan nak pergi lagi kali kedua & hanya berdua hujung 2012. Nak rasa musim lain sebab New Zealand musim sejuknya bermula Jun... kalau pergi masa Mei, memang dah terasa dah sejuk ke tulang hitam. So, nak pergi hujung tahun...

Tapi, entah macam mana... AirAsia buat pengumuman, 30Mei2012 adalah tarikh terakhir fly ke Christchurch dan 31 Mei adalah flight terakhir dari Christchurch ke Kuala Lumpur. Sahabat baik saya gigih cari tiket & nak pergi lagi sebelum tak ada dah penerbangan AirAsia ke sana. Akhirnya kami beli tiket ke Christchurch bulan Mei... dapat dalam RM1500 return... still jauh lebih murah berbanding flight lain. Dulu-dulu, orang kata nak pergi New Zealand kena ada paling tidak RM10 ribu dalam tangan hanya untuk flight.

Memang sedih bila AirAsia dah tak pergi New Zealand lagi... sebab, macam saya sendiri secara peribadi... kalau disuruh memilih destinasi luar negara yang akan saya pergi lagi, jawapannya tentulah New Zealand. Saya tak kisah pun ulang2 lagi 10 kali pun tak apa walau ada yang kata saya gila. Bagi saya, sesiapa saja yang pernah pergi ke New Zealand saja akan ada perasaan begini.

Best kan kalau AirAsia buat route balik ke New Zealand? Sebab saya ada rancangan nak ke New Zealand tahun 2014, nak jadi ketua rombongan. Ada sesiapa nak ikut tak?


Ini gambar masa kunjungan pertama saya ke New Zealand Jun 2011. Cantik jer awan itu... di New Zealand ini, langitnya memang cantik membiru jer... tak puas2 dipandang mata. 

Memang rindu sangatlah rasa. 


Wednesday, March 20, 2013

Intro New Zealand Itu Indah

Sejak usia 12 tahun, negara bernama New Zealand ini memang mencuri perhatian saya. Kisahnya bermula apabila saya mendapat setem Kepulauan Cook. Saya dulu memang pengumpul setem tegar. Sampai sekarang pun. Setem ini pun masih saya simpan. Kalau jumpa, nanti saya tunjuk.

Masa itu, dalam hati saya berkata-kata, cantiknya tempat ini... tak kira, dah besar saya nak pergi! 

Kebetulan, tak lama kemudian, saya 'jatuh hati' dengan kehebatan bakat seorang artis - biasalah waktu tu muda remaja. Artis ini memang memulakan kerjayanya di New Zealand sebab dia belajar di sana. Waktu ini, saya nekad nak pergi universiti tempat dia belajar... nak ambil gambar depan sign board universiti dia(walau saya tak belajar di sana)...

Jom kita tengok sama-sama betapa indahnya New Zealand. Nanti saya akan cerita kemudian kembara saya ini... 

(Bukan apa, saya dah rindu sangat dengan New Zealand ini...)







Kisah 'Kaki Jalan'

Masa kecil-kecil dulu, saya ada tahi lalat kat jari kaki... serius, saya lupa jari mana satu & kaki bahagian mana(sebab sekarang tahi lalat tu dah 'hilang' - tak tau sebab apa)... tapi masa tu memang mak dengan abah kata, 'ni kaki jalan'... 

Doa mereka agaknya. Memang sejak zaman sekolah rendah, saya pantang dengar kalau sekolah buat rombongan walaupun sejauh 30minit saja dari sekolah... kalau boleh tetap nak pergi. Tapi, zaman tu best sebab cikgu biasanya akan bawak top 10 student pergi jalan-jalan... walau hanya Kuala Kangsar ke Taiping... best sangat rasanya dah.

Tapi, saya selalu over bab ni... bila berjalan mesti nak pakai gaun kembang. Siap kasut sarung & stoking... paling best, ada beg tangan lagi! Betul tak tipu... saya ada gambar... 


Tahu kan mana satu saya? Over berbanding yang lain... sebab saya selalu berangan-angan nak jadi princess... suka sangatlah kalau dapat bergaya.

Kenangan ini dah lama sangat saya tinggalkan tapi perangai ni saya bawa sampai sekarang. Suka dan kuat berjalan. Kalau perempuan lain habis duit beli mekap, baju, kasut dan sebagainya, saya habis untuk berjalan.

Ada tempat yang saya pergi, kawan-kawan macam tak percaya... banyaknya duit? Tapi saya tak malu mengaku, saya memang ada pinjam duit sahabat baik(awak tahu awak siapa kannn)... untuk berjalan, tapi saya bayarlah balik...

Alhamdullilah, saya dah berjaya sampai ke banyak negara - New Zealand, Poland, German, Itali, Thailand, Indonesia, Singapura, China... soon, insya-Allah akan ke sebuah negara lagi.

Saya nak ceritakan satu-satu tapi memang akan ambil masa... but, it's ok... tak kisah pergi lima tahun lepas pun... saya tetap nak cerita!

Kisah Kembara Saya...

Insya-Allah, ada masa saya akan menulis mengenai kembara saya melihat dunia luar yang benar-benar membuka mata dan membahagiakan saya...



Kembali Menulis... Ampunkan Saya...

Assalammualaikum semua... bertahun saya berhenti hanya selepas mengirimkan satu post. Jujurnya, bukan sengaja... kesibukan kerja, pelbagai masalah lain menjadikan impian untuk punya blog sendiri tergendala... tetapi, insya-Allah saya ingin kembali di sini... menulis sebuah perjalanan hidup penuh warna yang panjang...

Insya-Allah...