Wednesday, March 20, 2013

Intro New Zealand Itu Indah

Sejak usia 12 tahun, negara bernama New Zealand ini memang mencuri perhatian saya. Kisahnya bermula apabila saya mendapat setem Kepulauan Cook. Saya dulu memang pengumpul setem tegar. Sampai sekarang pun. Setem ini pun masih saya simpan. Kalau jumpa, nanti saya tunjuk.

Masa itu, dalam hati saya berkata-kata, cantiknya tempat ini... tak kira, dah besar saya nak pergi! 

Kebetulan, tak lama kemudian, saya 'jatuh hati' dengan kehebatan bakat seorang artis - biasalah waktu tu muda remaja. Artis ini memang memulakan kerjayanya di New Zealand sebab dia belajar di sana. Waktu ini, saya nekad nak pergi universiti tempat dia belajar... nak ambil gambar depan sign board universiti dia(walau saya tak belajar di sana)...

Jom kita tengok sama-sama betapa indahnya New Zealand. Nanti saya akan cerita kemudian kembara saya ini... 

(Bukan apa, saya dah rindu sangat dengan New Zealand ini...)







2 comments:

  1. kktek pun teringin nk ke sana. antara negara tercantik di dunia.... upload gambar banyak sikit ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi laaa kak teh, sy setiap tahun dh jadi ketagih nak ke sini... insyaAllah next year nak pergiiii lagi laaa...

      Delete